Tun Mahathir Dijangka Umum Tubuh Parti Baru Hari Ini!

Posted on Friday, August 07, 2020 | 8/07/2020



Setelah dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama enam lagi pemimpim parti berkenaan, bekas perdana menteri, Tun Mahathir dijangka akan mengumumkan penubuhan parti baru dengan nama Parti Bersatu Rakyat Malaysia pada petang ini. Sumber dari Sinar Harian menyebut bahawa, majlis pengumuman berkenaan difahamkan akan diadakan pada jam 4.30 petang di sebuah hotel di Bangsar.

Namun pengumuman ini tergantung kepada keputusan kes saman yang dikemukakan oleh Mahathir dengan lima ahli Bersatu lain pada 9 Jun yang mencabar keputusan pemecatan mereka dari jawatan masing-masing dalam parti berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dalam saman ini, mereka mahu membuktikan bahawa mereka masih layak pegang jawatan dan layak bertanding dalam parti berkenaan.

Sumber gambar dari MalaysiaKini
Pemecatan keatas kem Tun Mahathr atas alasan berada dalam kedudukan pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat yang diadakan pada 18 Mei lalu. Bagaimanapun sebelum ini Mahathir pernah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah parti baru jika keputusan mahkamah tidak berpihak padanya.

OHMEDIA: SATU LAGI PARTI YANG DITUBUHKAN OLEH TUN MAHATHIR SELEPAS BERSATU,

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Tun Mahathir dijangka umum parti baru petang ini di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/07/2020

0 comments:

Loading...