(Video) Dashcam sempat rakam lelaki terjun bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang


Seorang lelaki dipercayai lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang, Georgetown, Kilometer 2.2 jambatan itu dalam kejadian malam tadi. 

Lelaki berusia 24 tahun itu terdahulu memberhentikan kereta Perodua Bezza yang dipandunya di laluan kecemasan sebelum terjun dari jambatan itu. 

Kejadian itu sempat dirakam dashcam pengguna jalan raya yang menunjukkan kelibat pemandu itu terjun. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau PInang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.36 malam. 

TONTON VIDEO DASHCAM KEJADIAN DI SINI

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dikerahkan ke lokasi untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa. 

Kereta yang ditinggalkan mangsa di tepi jalan berada dalam keadaan enjin masih hidup dan turut ditemui telefon bimbit mangsa. 

Kejadian itu merupakan kejadian yang kedua membabitkan kes bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang pada minggu ini di mana kejadian yang pertama berlaku pada Selasa lalu membabitkan lelaki berusia 54 tahun. 

Bagi umat Islam beringatlah bahawa, walau apa pun yang terjadi dalam hidup, ingatlah tindakan membunuh diri bukanlah jalan terbaik untuk orang Islam.


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS

Sumber : thereporter.my