(Video) Guna Aplikasi Viral, Lelaki Jubah Biru Buat Konsert Di Kubur

Posted on Monday, August 24, 2020 | 8/24/2020



Ohmedia tak faham betul dengan sikap segelintir masyarakat yang sanggup melakukan sesuatu untuk mendapat perhatian daripada netizen. Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang lelaki menyanyi di kawasan perkuburan.

Lelaki yang memakai jubah berwarna biru dan berkopiah itu seakan-akan berlakon sedang membuat konsert dengan menggunakan aplikasi Tiktok. Kejadian ini telah berlaku di negara seberang, Indonesia.


Apa yang membuatkan Ohmedia rasa marah adalah individu tersebut menggunakan objek sebagai mikrofonnya dan menghalakan ke arah tanah perkuburan seperti para penonton bersama-sama menyanyikan lagu itu.

Memang dia tak ada adab ketika menziarahi perkuburan langsung! Ohmedia doakan lelaki itu mendapat hidayah daripada Allah SWT pada satu hari nanti kerana kubur itu adalah rumah terakhir kita.

OHMEDIA: MATI ITU PASTI.

Kredit: Youtube

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/24/2020

0 comments:

Loading...