(Video) Wanita Ini Kongsi Detik Cemas, Dipercayai Gajah Mengamuk Pijak Kereta

Posted on Monday, August 03, 2020 | 8/03/2020



Baru-baru ini, terdapat satu rakaman detik cemas yang dikongsikan oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Noraini Ramli di laman Facebook apabila seekor gajah berada berdekatan dengan sebuah kereta jenama Axia berwarna biru.

Kejadian tersebut telah berlaku sebelum hentian puncak Titiwangsa jalan menghala ke Kelantan sekitar jam 9.00 malam. Video yang berdurasi 54 saat itu telah menarik perhatian warganet sehingga mendapat 15k tontonan dan 336 berkongsi.

Kami hanya mampu berdoa semoga tuan kereta tak ada apa-apa...gajah mengamuk 9.00pm-9.30pm sebelum hentian puncak Titiwangsa...jalan menghala ke Kelantan.


Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai keadaan mangsa di dalam kereta terbabit. Agak-agak manalah tuan punya badan kan? Nasib baiklah orang yang lalu dekat situ berada dalam keadaan selamat.

OHMEDIA: APALAH YANG BUAT GAJAH TU MENGAMUK SAMPAI PIJAK KERETA.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/03/2020

0 comments:

Loading...