Wan Kamal Tak Jadi Beli Kelantan! Rasakan Apa Yang Dikatakan TMJ Adalah Tepat

Posted on Saturday, August 08, 2020 | 8/08/2020



Baru-baru ini Ohmedia ada naikkan satu artikel yang mengatakan bapa kepada pemain bola sepak Wan Kuzain iaitu Wan Kamal Wan Napi menyatakan hasrat dan minatnya untuk memiliki pasukan Kelantan FC.

Bagaimanapun, Wan Kamal menarik semula niatnya itu untuk membeli The Red Warriors. Wan Kamal merasakan keputusan menarik diri ini sangat berat kerana dia memang peminat setia pasukan itu sejak kecil lagi.


Namun, semuanya serba tak jadi selepas membuat perbincangan bersama Jawatankuasa Dalaman terdiri daripada peguam, ahli keluarga, pendapat rakan-rakan di Malaysia serta individu yang mahir mengenai Liga Malaysia (Liga-M), beliau terpaksa melepaskan impiannya itu buat masa ini.

Jangan salah faham, saya adalah peminat setia Kelantan dari dulu hingga sekarang. Saya hanya nak bantu pasukan yang mengalami masalah kewangan kerana tuhan gerakkan hati. Tetapi selepas berbincang dan meneliti, saya putuskan untuk beri peluang kepada pihak lain dahulu. Dengan masalah Covid-19 yang menyukarkan perjalanan dari satu negara ke satu negara, saya terpaksa lupakan dulu buat sementara.

Alhamdulillah sudah ada tiga pembeli yang berminat untuk mengendalikan TRW. Jadi saya akan mengundur diri untuk memberi ruang kepada mereka untuk membeli dan membawa perubahan dalam KAFA. Mereka lebih berhak untuk membelinya sebab mereka menetap di sana (Malaysia). Senang nak mengurus.
- Katanya.

Wan Kamal turut memberikan peringatan dan gambaran kepada pihak yang bakal memiliki pasukan ini yang akan memegang tanggungjawab yang berat terutama dalam aspek penjagaan kebajikan staf dan pemain.

Pemain seperti rakyat biasa ada anak bini untuk dijaga dan kalau gaji disekat atau ditunda, macam mana mereka nak beli makanan untuk anak isteri mereka. Tempat tinggal kena bayar lagi, anak sekolah nak kena jaga, pakaian nak kena beli dan lain-lain keperluan harian.

Seperti mana yg ditegas oleh TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) gagal untuk membayar gaji adalah kegagalan paling besar seorang pemimpin adalah tepat. 
Jika anak saya sendiri pun kalau tidak dibayar gaji selaku pemain profesional saya juga sensitif. Jadi urus lah dengan baik demi agama, bangsa dan negara. Semoga semuanya dirahmati dan diberkati oleh Allah hendaknya. - Tegasnya.

Jadi diharapkan perkara ini dapat membuka mata banyak pihak kerana kita tidak mahu hanya gah dimata tapi rosak di dalam.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang merasakan pasukan Kelantan perlu diselamatkan di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/08/2020

0 comments:

Loading...