Wang Tabung Harapan RM205 juta telah digunakan untuk bayar hutang kerajaan


Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari (PAS) dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat bertanya mengenai status terkini Tabung Harapan dan ke manakah ia disalurkan sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei 2018. 

Timbalan Menteri Kewangan, Abdul Rahim Bakri (Bersatu - Kudat) memaklumkan, dana akaun Tabung Harapan telah dibelanjakan mengikut tatacara yang termaktub iaitu untuk membayar hutang kerajaan persekutuan. 

Akaun tabung itu juga telah diurus tadbir oleh jawatankuasa akaun secara amanah. 

"Penggunaan dana dalam akaun tersebut mengikut tatacara yang termaktub dalam arahan untuk bayar hutang kerajaan persekutuan dan pembayaran yang perlu digunakan untuk tujuan akaun itu sahaja.


"Tarikh akhir penerimaan sumbangan ialah 14 Januari 2019 di mana bak akhir direkodkan adalah RM202,716,775.10," katanya. 

Abdul Rahim berkata, sehingga 1 Disember 2019, dana Tabung Harapan termasuk semua faedah berjumlah lebih RM205 juta telah digunakan untuk  melunaskan sebahagian hutang 1MDB. 

Sumber: MalaysiaKini



Sumber : thereporter.my