Wanita Viral Dengan Tag Merah Jambu Bukan Tag Kuarantin Yang Disangka!

Posted on Thursday, August 06, 2020 | 8/06/2020



Semalam tular kembali mengenai golongan kuarantin covid dirumah melalui gambar seorang wanita yang memakai gelang seakan tag berwarna pink di sebuah kedai makan di bandaraya Ipoh. Gambar telah berkenaan mengundang kecaman dan kritikan netizen di media sosial.

Namun tag berwarna pink yang disangka adalah tag kuarantin ruapanya adalah gelang pengenalan masuk sebuah taman tema di bandaraya Ipoh. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, setelah menerima laporan berkaitan penafian itu daripada peniaga restoran yang dikunjungi wanita berkenaan.

Sumber gambar dari Suara Perak
Susulan dari itu, pemilik kedai makan berkenaan telah membuat laporan bagi mengambil tindakan sewajarnya keatas mereka yang dengan sengaja viralkan perkara berkenaan kerana akan menjejaskan perniagaan mereka.

OHMEDIA: ITU SEBAB, KALAU TAK PASTI JANGAN KONGSI. BENDA-BENDA MACAM NI BERI SANGAT DAMAGE TERUTAMANYA SME.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca wanita tular dengan tag pink di Facebook
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/06/2020

0 comments:

Loading...