8 Juta Penduduk Diarah Berpindah Berikutan Taufan Kuat Di Jepun

Posted on Tuesday, September 08, 2020 | 9/08/2020



Nampaknya tahun 2020 adalah satu tahun yang amat mencabar bagi kita umat manusia di seluruh dunia. Terbaru, Tokyo Jepun dijangkakan akan mengalami bencana alam taufan kuat.

Taufan kuat itu menghampiri pulau utama barat daya Jepun pada Ahad dan bergerak ke arah utara, melanda hampir seluruh wilayah Kyushu di zon ribut dan memaksa pihak berkuasa tempatan memindahkan lebih lapan juta orang penduduk ke pusat penempatan sementara.

Pada Ahad lalu, sebanyak 142,000 rumah terputus bekalan elektrik di wilayah Kagoshima, Kumamoto, Miyazaki dan Nagasaki akibat Taufan Haishen.

Jadi orang ramai dan orang Malaysia yang kini mungkin berada di Jepun diminta untuk berhati-hati terhadap hujan lebat, angin kencang, ombak tinggi dan gelombang pasang surut yang berlaku di sana.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/08/2020

0 comments:

Loading...