Anak Nora Akan Saman Penyebar Video Adik

Posted on Friday, September 04, 2020 | 9/04/2020



Sejak semalam kecoh di media sosial tentang satu video yang menunjukkan anak perempuan kepada penyanyi Nora Ariffin. Bagaimanapun, hari ini anak sulung Nora, Mohd Syakir Iman Johan telah mengeluarkan kenyataan yang pihak keluarganya bersedia untuk mengeluarkan saman terhadap pihak yang dilihat sengaja menyebarkan lagi video berkenaan.


Syakir juga mendedahkan individu terbabit menggunakan akaun dengan nama @danicah6299811 di Twitter dan berulang kali menaikkan video berkenaan.

Insya-Allah kalau disabitkan kesalahan, kami cubalah untuk bawa anda ke muka pengadilan sekali. Sebab bukan sekali awak 'post' video ini. Memang berniat untuk memburukkan lagi keadaan ya? Perkara ini sudah berubah menjadi lebih serius. Insya-Allah petang ini kami akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki itu. "Walaupun ada yang sudah membenci dan mencaci adik dan mak saya, saya mohon jasa baik anda untuk tidak kongsikan video yang sedia ada, dan doakan kami semua. Insya Allah. - Katanya.

Syakir juga terkilan kerana kesalahan itu patut diletakkan kepada remaja lelaki terbabit.

Putri juga sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan di Twitter yang mendakwa dirinya dipaksa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan anak Nora ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/04/2020

0 comments:

Loading...