Anwar Ibrahim Dengan Yakin Katakan Kerajaan Muhyiddin Jatuh

Posted on Wednesday, September 23, 2020 | 9/23/2020



Adakah kita akan mendapat 3 Perdana Menteri dalam masa 1 tahun? Persoalan ini timbul apabila secara tiba-tiba Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah melakukan sidang media tergempar dan mendakwa dirinya mendapat majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen untuk membentuk kerjaan baharu.

Kenyakinan menjatuhkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini juga dikatakan telah sangat kukuh dan ia akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebaik sahaja Baginda keluar dari Institut Jantung Negara(IJN) yang kini sedang menjalani pemeriksaan.

Sebenarnya saya mendapat perkenan mengadap baginda Selasa pada jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguhkan selepas baginda menerima rawatan di IJN. Dengan sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan ini, bermakna kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh. Pentadbiran ini mewakili bukan saja rakyat Melayu Bumiputera tetapi semua kaum di negara ini.

Konklusif, kuat dan kukuh, saya bukan bercakap mengenai 4,5,6 sokongan tetapi hampir dua pertiga ahli parlimen pelbagai parti. Dokumen ini tetap tidak boleh diragui, semuanya akan dimaklumkan sebaik menghadap Agong.
- Tegasnya.

Nampaknya satu lagi gelombang perubahan politik akan dialami negara. Adakah ini masa yang sesuai? Adakah kerajaan sekarang di bawah tampuk kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin Gagal? Apa pandangan korang?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/23/2020

0 comments:

Loading...