Apple Paten Ciri Baru, Buatkan iPhone Lebih ‘Kebal’ Terhadap Air

Posted on Thursday, September 10, 2020 | 9/10/2020



Bagi korang peminat barangan Apple mesti tahukan bahawa Apple Watch Series 2 adalah model pertama yang keseluruhannya waterproof. Ini kerana ciri khas yang didatangkan pada peranti berkenaan, membuatkan komponen dalaman kekal terjaga.

Ciri berkenaan adalah ‘water-ejection system’ di mana speaker pada Apple Watch akan menyingkirkan air berkenaan. Bagaimana ia berlaku? Speaker berkenaan akan vibrate dan keluarkan sound tertentu untuk menolak air keluar. Ini sangat berguna apabila korang gunakan jam berkenaan ketika berenang dan mandi.

Sumber gambar dari 5to9Mac
Ciri inilah yang dibawakan oleh Apple pada peranti iPhone yang akan datang. Tidak pasti sama ada iPhone 12 akan hadir dengan ciri menarik ini. Menurut info, ciri ini dipatenkan oleh oleh Apple pada tahun 2019 dan sudah diterbitkan 8 September lepas oleh US Patent and Trademark Office.

Untuk iPhone, dikatakan speaker pada peranti berkenaan akan menggunakan modul sensor yang hadir dengan hydrophobic coating, di mana ia akan menjadikan iPhone lebih waterproof. Selain air biasa, iajuga kalis dengan pelbagai jenis liquid, misalnya air garam.

OHMEDIA: KEMUNGKINAN BESAR CIRI INI AKAN HADIR PADA IPHONE 13 DAN KEATAS. JADI KORANG YANG TENGAH PAKAI IPHONE 11 KEATAS, DAH BOLEH KOT TOLAK MUR-MUR DEKAT MEMBER KORANG YANG NAK MERASA PAKAI IPHONE.

Kredit: 5To9Mac

+ Baca respon pembaca Apple paten ciri baru untuk iPhone di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/10/2020

0 comments:

Loading...