Arab Saudi Benarkan Pelaksanaan Ibadah Umrah Mulai 4 Oktober!

Posted on Wednesday, September 23, 2020 | 9/23/2020



Alhamdulillah, seronok Ohmedia dengar apabila Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memutuskan untuk membuka semula bagi pelaksanaan ibadah umrah secara berperingkat mulai 4 Oktober ini selepas beberapa bulan ditutup akibat pandemik Covid-19.

Menerusi laporan Harian Metro, sebanyak 6,000 penduduk dan rakyat Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan umrah setiap hari bagi peringkat pertama. Manakala 20,000 orang pula dibenarkan pada setiap hari bagi pengunjung luar negara yang akan bermula pada 1 November ini.

Menurut kementerian tersebut, apabila ancaman pandemik Covid-19 dihapuskan serta-merta, mereka akan membenarkan pelaksanaan kapasiti penuh. Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan bilangan jemaah haji secara drastik pada tahun ini dan menangguhkan ibadah umrah pada Mac disebabkan untuk memberhentikan penularan virus itu.

Apapun, Ohmedia harap korang masih menjaga penjarakan sosial sebanyak 1 meter dan memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah. Kita belum menang gais!

OHMEDIA: SIAPA BELUM PERNAH PERGI KE KOTA SUCI?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.








Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/23/2020

0 comments:

Loading...