Asus Perkenalkan Gimbal Untuk Telefon Pintar Dengan Pebagai Mod Rakaman


Gimbal merupakan suatu alat yang akan menstabilkan lagi rakaman video yang korang ambil. Kalau korang nak tahu, Asus juga telah memperkenalkan gimbal untuk telefon pintar yang dipanggil Asus ZenGimbal di pasaran China pada harga lebih kurang RM670 setelah ditukarkan.

Rekaan pada Asus ZenGimbal ni sangatlah compact untuk korang membawa ia kemana-mana. Ia didatangan dengan bateri sebesar 2,900mAh yang boleh bertahan sehingga 10 jam penggunaan gais. Bukan tu jer, Asus ZenGimbal ini juga hadir dengan pelbagai mod rakaman tau.

Pergh! Maknanya, kalau korang nak cari gimbal untuk telefon pintar lepas ni dah ada pilihan lain selain DJI Osmo yang biasa kita dengar. 

Kredit: Gizmochina | Asus

+ Baca respon pembaca gimbal dari Asus di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media