Beri Maklumat Diet, Kesihatan, Pemilik Anak Bulus Wajib Ada Apps Ini


Bagi penggemar kucing, si comel itu dianggap sebahagian daripada keluarga. Keseluruhan aspek kesihatan dan keselesaan mereka dijaga rapi bagai anak sendiri, malahan kadang-kala berlebihan daripada anak kandung!

Jenama pengeluar makanan haiwan peliharaan, Royal Canin melancarkan apps Royal Canin Club untuk mendidik ‘mommy’ dan ‘daddy’ kucing di Malaysia. Bermacam-macam tips dan kandungan disediakan dalam apps berkenaan seperti diet & pemakanan, kesihatan pencernaan, penjagaan dari baru lahir sehingga penuaan, penjagaan kulit & bulu, latihan tingkah laku serta kesihatan anak bulus secara umum.

Untuk pemilik haiwan peliharaan


Mesti ramai nak tahu apa ciri yang ada pada Royal Canin Club ni kan? Ini antara ciri yang ada:

Pet profile: Cipta profil haiwan peliharaan korang dengan memasukkan jenis baka, jenis bulu, umur dan keadaan kesihatan semasa.

E-learning & kuiz: Informasi diperibadikan dengan tips berdasarkan profile dimasukkan.

Kumpul point & mata ganjaran: Kumpul point apabila beberapa tugasan disempurnakan (Akan datang: kumpul point dengan pembelian produk Royal Canin)

Promosi & update berita: Jangan ketinggalan promosi boleh didapati di kedai rakan niaga.
Gift set & baucar: Tebus baucar permulaan & gift set apabila download apps ini.

Langkah penting perlu buat lepas download?



1. Download apps di Apps Store atau Play Store.
2. Cipta akaun.
3. Masukkan profil haiwan peliharaan.
4. Tebus gift set dan baucar permulaaan di kedai rakan niaga seluruh Malaysia.  (Sementara stok masih ada).
5. Kumpul point dengan melaksanakan tugasan dalam apps.
Gunakan point untuk menebus ganjaran dan produk Royal Canin yang akan dihantar ke rumah.

Kenapa kena ada Royal Canin Club sekarang?




Setiap baka kucing mempunyai kandungan genetik tersendiri. Jadi, risiko masalah kesihatan pun tentunya berbeza. Dengan apps Royal Canin Club ini, pemilik haiwan akan disampaikan maklumat berdasarkan kesesuaian baka dan keperluan khas anak bulus masing-masing.

Royal Canin Club diprogramkan untuk memberi maklumat diperibadikan untuk haiwan peliharaan masing-masing ketika mereka mengisi profil lebih lengkap seperti baka, jenis bulu, usia serta masalah kesihatan sedia ada.

Jom download sekarang!




Apa yang untungnya, pemilik haiwan boleh mengumpul mata ganjaran dengan melengkapkan tugasan dalam apps ini. Antaranya adalah mengisi profil haiwan masing-masing, mengisi survey dan menjawab kuiz.
 
Pengguna baru juga boleh menggunakan kod rujukan daripada rakan niaga Royal Canin untuk mendapatkan mata ganjaran. Selain itu, dalam tahun ini juga, setiap pembelian Royal Canin menggunakan apps ini akan mendapat mata ganjaran. Untungnya!

Setelah mendaftar di Royal Canin Club, pemilik haiwan akan mendapat baucar permulaan dan set hadiah boleh ditebus dari rakan niaga Royal Canin seluruh Malaysia. Pemilik juga boleh menebus mata ganjaran untuk mendapatkan produk Royal Canin yang akan dihantar ke rumah masing-masing.

Apps Royal Canin Club sudah boleh didapati di App Store dan Play Store. Download sekarang untuk tebus baucar permulaan dan set hadiah terhad. Siapa cepat dia dapat! Atau boleh juga scan QR kod untuk terus ke dibawa ke apps ini.



Sumber: Oh! Media