Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan Reman, Disyaki Punca Pencemaran Bau Sungai

Posted on Saturday, September 05, 2020 | 9/05/2020



Seluruh penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terpaksa berdepan detik sukar apabila mereka terputus bekalan air akibat pencemaran bau yang berlaku di sungai utama, Sungai Gong.

Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pencemaran berlaku disebabkan sebuah kilang telah melepaskan bahan pelarut ke sungai, memaksa empat loji rawatan air Sungai Selangor berhenti operasi sejak Khamis lalu.

Sumber gambar dari Air Times Network
Berikutan dari kejadian berkenaan, empat beradik yang juga pemilik kilang ditahan reman selama 6 hari kerana disyaki menjadi punca kepada pencemaran bau berkenaan.

Suspek yang ditahan berada dalam lingkungan umur 50 hingga 60 tahun. Tangkapan dilakukan di rumah mereka dan ada juga yang tampil sendiri ke Balai Polis Daerah Gombak.

OHMEDIA: KES MELIBATKAN KILANG DAN PENCEMARAN SUNGAI NI BUKAN BARU BERLAKU, TINDAKAN LEBIH TEGAS DAN LEBIH BERAT PERLU DIAMBIL. TINDAKAN MEREKA-MEREKA NI DAH MENYUSAHKAN BANYAK ORANG.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca empat beradik ditahan kerana punca pencemaran bau sungai di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/05/2020

0 comments:

Loading...