Ibu kuburkan bayinya (hasil curang) hidup-hidup, panik selepas anak ugut lapor polis

Posted on Saturday, September 05, 2020 | 9/05/2020



Seorang wanita berusia 36 tahun tergamak menguburkan bayinya yang baru sahaja dilahirkan. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Aceh Tengah, Agus Riwayanto Diputra berkata, suspek bertindak demikian kerana panik setelah anaknya berusia 10 tahun mahu melaporkan perkara itu kepada polis. 

Pada awalnya, anak suspek yang hanya dikenali sebagai 'H' itu, pulang dan mendapati ada seorang bayi di rumah lalu bertanya, anak siapakah itu. 

Suspek kemudian menjawab bahawa bayi itu adalah adiknya. Namun, H tidak percaya dan keluar dari rumah serta mengugut akan melaporkannya pada polis. 

Takut dengan ugutan itu, suspek mengambil keputusan untuk menguburkan mangsa hidup-hidup. Suspek mengambil cangkul dan mula menggali lubang untuk menguburkan mangsa. 

Menurut Agus, lubang yang digali suspek sedalam 40 sentimeter dengan lebar kira-kira 50 sentimeter dan panjangnya kira-kira 30 sentimeter. 

"Selepas itu, suspek membawa mangsa ke belakang rumah, kain bendungan dibuka lalu dikuburkan dalam keadaan yang masih menangis. 

"Selepas selesai, suspek kembali ke rumah dan tidur seperti tiada apa-apa yang berlaku," katanya. 

Namun tidak lama kemudian, dua orang jiran datang ke rumah suspek setelah mendapat aduan dari anak suspek. Ketika ditanya, suspek tidak mengakui ada bayi yang baru lahir di rumahnya menyebabkan dua jirannya tadi mula memeriksa rumah itu. Tetapi tidak menemui sebarang tanda-tanda kehadiran bayi. 

Sehinggalah mereka memeriksa bahagian belakang rumah dan ternampak kesan tanah seperti baru saja ditimbus. Tanah itu kemudian digali semula dan ternyata ada bayi lelaki yang masih hidup terkubur di dalamnya. 

Suspek dan bayinya kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, bayi itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 

Suspek mengakui dia melahirkan mangsa secara bersendirian tanpa sebarang bantuan dari bidan, pada jam 10 pagi Isnin (31/8/2020). Setelah dilahirkan, suspek membersihkan mangsa dan membalut badannya menggunakan kain batik. 

Sementara itu, Ketua Polis Aceh Tengah, Mahmun Hari Sandy Sinurat berkata, suspek adalah surirumah tangga sepenuh masa yang masih berstatuskan isteri orang dan suaminya sedang menjalani hukuman di penjara. 

Bayi tersebut dipercayai adalah hasil dari hubungan sulitnya bersama lelaki lain yang enggan bertanggungjawab. 

Sumber: Kompas



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 9/05/2020

0 comments:

Loading...