'Kami akan bawa anda ke muka pengadilan' - Anak sulung Nora Ariffin mahu saman penyebar video adiknya

Posted on Friday, September 04, 2020 | 9/04/2020



Susulan video anak perempuan penyanyi Nora Ariffin bercumbu dengan teman lelakinya tersebar, pihak keluarga itu bersedia untuk mengheret individu yang menyebarkan video itu ke muka pengadilan. 

Anak sulung Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman Johan, 27, berkata, individu yang menggunakan nama @danicah6299811 di Twitter, yang menyebarkan video mengaibkan adiknya, Putri Nor Dahlia, adalah melampau kerana individu itu didapati berkali-kali memuat naik video itu ke media sosial dengan tujuan mengeruhkan lagi keadaan. 

"Insya-Allah kalau disabitkan kesalahan, kami cubalah untuk bawa anda ke muka pengadilan sekali. Sebab bukan sekali awak 'post' video ini. Memang berniat untuk memburukkan lagi keadaan ya?" katanya. 

Difahamkan, individu terbabit telah pun memadamkan video tersebut. 

Dalam pada itu, Syakir turut meluahkan rasa terkilannya dengan tindakan netizen yang menghentam ibu dan adiknya semata-mata. Sedangkan remaja lelaki itu yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini. 

"Perkara ini sudah berubah menjadi lebih serius. Insya-Allah petang ini kami akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki itu. 

"Walaupun ada yang sudah membenci dan mencaci adik dan mak saya, saya mohon jasa baik anda untuk tidak kongsikan video yang sedia ada dan doakan kami semua. Insya-Allah," katanya. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 9/04/2020

0 comments:

Loading...