Kerajaan Akhirnya Putuskan PKPDB Di 4 Daerah Sabah

Posted on Monday, September 28, 2020 | 9/28/2020



Melihat kepada keadaan penyebaran wabak Covid-19 di Sabah yang semakin membimbangkan, pihak kerajaan akhirnya memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat kawasan.

Antara kawasan yang terlibat adalah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna yang bermula pada 12:01 tengah malam ini sehingga 12 Oktober 2020.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia melibatkan seramai 962,661 penduduk Sabah.

Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terbabit. Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup. - Katanya.

Setakat ini, seramai 241 kes direkodkan di Lahad Datu, 634 kes di Tawau, 65 kes di Kunak dan 255 kes di Semporna. Jadi, langkah pencegahan perlu diambil bagi memastikan wabak ini tidak terus merebak.

Jika korang yang berada di kawasan terlibat memerlukan sebarang bantuan atau pertanyaan boleh hubungi terus talian 089-881255, Tawau (089-752222), Kunak (089-851222) dan Semporna (089-782020).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/28/2020

0 comments:

Loading...