KJ Sahkan Tiada Apa Yang Akan Jatuh Selepas Selesai Mesyuarat Jemaah Menteri

Posted on Wednesday, September 23, 2020 | 9/23/2020



Fuhh! Lain macam tu hangat politik tahun ni. Berkenaan dengan apa yang diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan yang tidak akan ada apa-apa yang akan tumbang atau jatuh.


Perkara ini dikongsikannya di Twitter yang turut menyatakan baru selesai melakukan mesyuarat Jemaah Menteri.

Baru selesai mesyuarat jemaah menteri. Tiada apa-apa yang tumbang atau jatuh. - Tulisnya.


Adakah dakwaan Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti 2/3 sebagai Perdana Menteri oleh Ahli Parlimen sebentar tadi hanya cakap kosong? Anwar juga menyatakan yang dia akan menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana sebaik sahaja baginda sihat.

Kredit: Khairy Jamaluddin

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/23/2020

0 comments:

Loading...