Letak Duit Atas Meja, Kontraktor Sogok Anggota Polis Untuk Elak Pekerja Ditangkap

Posted on Tuesday, September 08, 2020 | 9/08/2020



Tindakan seorang kontraktor penghawa dingin menyogok anggota polis bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng menyebabkan dia ditahan oleh pihak berkuasa berkenaan. Dia berbuat sedemikian agar pihak polis melepaskan pekerjanya, lelaki warga Bangladesh yang memiliki dokumen perjalanan tamah tempoh.

Pemeriksaan turut mendapati bahawa kontraktor berkenaan turut melakukan kesalahan lalu lintas dan kesalahan cukai jalan. Difahamkan, anggota polis bertugas sudah memberi amaran untuk tidak memberi rasuah ketika kali pertama dia melakukannya.

Gambar Hiasan : Sumber MalayMail
Tindakan kontraktor berkenaan meletakkan duit RM200 selepas itu di atas meja di bawah khemah polis menyebabkan pihak polis terus merampas duit berkenaan dan menangkap kontraktor berkenaan. Akhirnya kontraktor itu diserahkan kepada Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

Pekerjanya tadi, lelaki warga Bangladesh yang memiliki dokumen perjalanan tamat tempoh dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

OHMEDIA: TAHNIAH UNTUK ANGGOTA POLIS YANG MENOLAK UNTUK MENERIMA RASUAH. SELAIN DADAH, RASUAH JUGA MAMPU MEROSAKKAN SESEBUAH NEGARA, JADI JAUHI RASUAH!

Kredti: Harian Metro

+ Baca respon pembaca kontraktor sogok anggota polis di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/08/2020

0 comments:

Loading...