Orang Ramai Sudah Boleh Mula Lakukan Tempahan Proton X50 Serendah RM500 Mulai Esok

Posted on Tuesday, September 15, 2020 | 9/15/2020



Pergh! Meriah betul sambutan netizen Malaysia dengan pengenalan Proton X50 yang baru sahaja Ohmedia kongsikan sebentar tadi.

Hari ini team Ohmedia sangat berbesar hati apabila dapat turut serta dalam majlis Proton Holdings Bhd Tanjung Malim yang akhirnya memperkenalkan secara rasmi model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharunya Proton X50 kepada media.


Korang pun nak tengok depan mata, untuk maklumat pihak Proton akan mempamerkan X50 di bilik pameran terpilih Proton bermula pada hari Sabtu nanti.

Tidak cukup dengan itu, korang juga sudah boleh melakukan bayaran tempahan RM500 bermula hari esok (16 September 2020) di mana-mana cawangan pengedar Proton di seluruh negara.


Bagaimanapun, harga rasmi bagi Proton X50 masih menjadi rahsia besar bagi Proton.

Proton X50 ini juga mungkin hadir dalam empat pilihan varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship dan mempunyai enam warna pilihan iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange.


Bagi tiga varian pertama,setiap model dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo manakala varian flagship dikuasakan enjin 1.5 liter TGDI dan digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.


Sama seperti Proton X70, ia turut dilengkapi dengan kamera 360 darjah dan enam bag udara. Apa paling best, hanya untuk keluaran Malaysia sahaja tempat duduk belakang juga memiliki penyaman udara sendiri. Menarik kan?


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/15/2020

0 comments:

Loading...