Pak Andak Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Meninggal Dunia

Posted on Monday, September 14, 2020 | 9/14/2020



Idris Mat Diah seorang pelakon veteren yang dikenali dengan watak Pak Anda dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 meninggal dunia pada pagi tadi diusia 61 tahun. Menurut anak arwah, bapanya itu tidak sedarkan diri kira-kira pada jam 2 pagi sebelum mereka bertindak mendapatkan ambulans.

Pasukan perubatan yang tiba telah mengesahkan Idris telah meninggal dunia. Tambahnya, bapa mereka tidak mempunyai selere makan sejak dua, tiga hari kebelakangan ini. Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al-Faizin, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong hari ini.

Sumber gambar dari Astro Awani
Idris Mat Diah bergiat aktif dalam beberapa drama seperti, Cucu Tauke Beras, menantu Bilal, Andainya Takdir, Zahir Tak Terucap serta baru-baru ini, 7 Hari Mencintaiku 2. Arwah juga pernah bertugas sebagai pustakawan di Finas.

OHMEDIA: SEMOGA ARWAH DIPERMUDAHKAN URUSANNYA DISANA, SERTA ROHNYA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, AL-FATIHAH.

Kredit: Harian Metro





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/14/2020

0 comments:

Loading...