Pelakon Veteran Zulkifli Zain Hembuskan Nafas Terakhir Ketika Azan Maghrib

Posted on Sunday, September 06, 2020 | 9/06/2020



Sebentar tadi kita dikejutkan lagi dengan pemergian insan seni tanah air Datuk Zulkifli Zain yang berusia 74 tahun yang mengalami kegagalan buah pinggang

Pelakon veteran ini menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.18 malam tadi dan ia disahkan oleh anaknya yang juga seorang pelakon, Dr Norzizi.

Ayah memang tak sihat sejak Isnin lalu dan kami merancang untuk menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, tak sangka ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga ketika azan Maghrib tadi. - Katanya.

Jenazah akan dikebumikan esok selepas Zuhur di tanah perkuburan Islam Ukay Perdana.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/06/2020

0 comments:

Loading...