Peniaga Mikro Terlepas Geran Khas Prihatin Boleh Mula Mohon Esok

Posted on Wednesday, September 30, 2020 | 9/30/2020



Lagi update terbaru dari Menteri Kewangan, Tengku Zafrul yang memaklumkan permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) buat peniaga mikro yang sebelum ini tidak sempat untuk memohon boleh melakukan permohonan bermula pada hari esok Khamis (1 Oktober).

Sebelum ini memang ramai yang memaklumkan mereka tidak sempat melakukan permohonan kerana terlepas maklumat. Kini permohonan akan dibuka sepanjang bulan Oktober dan bayaran akan mula diagihkan pada 25 November 2020.

Bagi Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) yang membabitkan peruntukan RM2.4 bilion, kerajaan sedar masih ada syarikat yang mengalami kekangan aliran tunai.

Bagi membantu syarikat yang mengalami pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lalu, mereka boleh memohon subsidi upah pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja.

Permohonan akan dibuka dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020. Langkah ini dijangka akan memanfaatkan 1.3 juta pekerja.
- Katanya lagi.

Jadi, diharapkan tiada lagi peniaga yang terlepas untuk mendapatkan bantuan ini. Kongsikan maklumat ini kepada rakan niaga korang supaya semua dapat menarik nafas lega dalam mengharungi cabaran yang sukar ini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/30/2020

0 comments:

Loading...