realme 7 Pro Hadir Dengan 64 Megapixel Lensa Sony IMX682, 65W SuperDart Charged Penuhkan Bateri Dalam 34 Minit!

Posted on Tuesday, September 22, 2020 | 9/22/2020



Baru je cerita pasal telefon pintar realme yang akan keluar tak lama lagi telah mendapat pengesahan TUV Rheinland kelmarin. Tak sangka yang dia memang betul buat tak senang duduk sebab Ohmedia sendiri dah jatuh hati dengan ciri yang ada pada realme 7 Pro tu gais. 

Kalini mereka bukan setakat keluarkan telefon pintar yang trendy dan stylish kepada pengguna, tapi realme juga akan beri pengalaman fotografi terbaik pada realme 7 Pro terbaru ini. Apa agaknya yang menarik tu? Meh sini kami share. 

64 megapixel quad kamera menggunakan lensa Sony IMX682


realme 7 Pro ni dilengkapi dengan quad-kamera yang terdiri dengan 64 megapixel Sony IMX682 sensor gais. Kalau dah nama pun lensa Sony IMX682, hasil gambar tu memang akan gempak punya! Korang boleh pilih sama ada nak gunakan mod AI ataupun mod Pro. Untuk mod Pro, korang boleh tambah lagi dengan adanya kemampuan penginderaan cahaya yang luar biasa dan super large sensor. 


Nak snap gambar dalam keadaan yang tak cukup cahaya pun tak jadi masalah tau. Pergh! Gambar yang terhasil tetap akan jadi terang dan cantik dengan seimbang, mesti korang senyum lebar punya lah bila tengok hasil dia. 

Mod Sudut Ultra Lebar Yang Mampu Mengambil Pemandangan 119°




Dengan aperture f/2.3 dan resolusi 8 megapixel untuk lensa sudut lebar ultra yang terbina, korang tak perlu lagi melangkah jauh ke belakang untuk ambil gambar yang luas gais. Dengan hanya satu klik je, korang dah beralih ke mod ultra sudut lebar untuk ambil gambar landskap, seni bina dan kumpulan yang besar dengan bidang pemandangan 119° pada realme 7 Pro ini. Senang gila gais! 

Hasil Gambar Potret Yang Sangat Mantul


Pasti ramai yang sukakan hasil gambar potret termasuklah Ohmedia sendiri. Kalau korang nak tahu, lensa potret hitam putih yang ada pada realme 7 Pro ni mempunyai sistem penapis warna baru yang akan membantu lensa utama menangkap cahaya dengan lebih baik. Lensa ini mengesan susunan cahaya yang luas dan meningkatkan kontras untuk hasilkan gambar potret yang sangat jelas. Kalau nak buat gambar gaya retro mesti mantul gila gais, dah boleh bayang dah ni. 

Kurang Cahaya Bukan Lagi Masalah Untuk Selfie


Takkan ada lagi istilah tak yakin depan kamera bagi sesiapa saja sebab kamera realme 7 Pro ini didatangkan dengan 32 megapixel. Muka korang tu boleh jadi ala-ala princess tau dengan kecantikan AI yang tersedia. Nak selfie dalam gelap atau tempat-tempat indoor pun tak jadi masalah dengan mod Super Nightscape yang ada pada realme 7 Pro ni, gambar tetap akan nampak jelas dan terang. 

Pergh! Kejap Je Bateri Dah Penuh


Dengan cipset canggih Snapdragon 720G bersama bateri berkapasiti 4,500mAh pada realme 7 Pro ni, korang tak perlu risau pun kalau nak main game, tengok movie dan sebagainya secara berpanjangan. Lagipun bateri tak luak langsung, siap ada 65W SuperDart Charge lagi gais. 

Laju dia jangan cakap lah, hanya perlukan 34 minit je daripada 0% untuk penuh. Korang pergi makan dan tinggalkan phone kejap je, tahu-tahu bateri dah 100%. Walaupun berdesup pergi dia, phone tetap takkan panas masa tengah charge.



Kalau korang nak tahu apa lagi features dan spec yang ditawarkan pada realme 7 Pro serba canggih ni, jangan lupa untuk tengok pelancaran realme siri 7 terbaru ini pada jam 12 tengah hari 24 September secara online di Facebook rasmi realme gais. Mesti jatuh hati punya.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/22/2020

0 comments:

Loading...