Samsung Perkenalkan Galaxy M51 Dengan Bateri Sebesar 7,000mAh


Salah satu aspek penting masa korang nak cari sesebuah telefon pintar mestilah bateri dia betul tak? Kalau korang nak tahu, Samsung baru jer melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy M51 dengan bateri sebesar 7,000mAh gais. Pergh! Confirm tahan lama kalau temgok movie atau main game ni.

Telefon pintar terbaru mereka ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.7 inci Super AMOLED yang beresolusi 1080x2340 pixel. Menerusi GSM Arena, ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 730 dengan memori 6GB RAM dan storage sebesar 128GB. Untuk cepatkan pengecasan, ia hadir dengan 25W fast-charging menggunakan USB Type-C.

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan quad-kamera iaitu 64 megapixel sensor utama + 12 megapixel utrawide + 5 megapixel makro + 5 megapixel kedalaman. Untuk kamera depan pula hadir dengan 32 megapixel. Mesti telefon pintar terbaru Samsung ni menjadi salah satu idaman korang kan? Tunggu sehingga Samsung Malaysia umumkan tarikh ia akan masuk ke Malaysia nanti okay gais.

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca telefon pintar twrbaru Samsung di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media