'Saya tak mau kucing hat stray' - Tapi bila lelaki ini tunjuk kucing gebu, dia terus berubah 360'

Posted on Sunday, September 06, 2020 | 9/06/2020



Di Facebook umum mengetahui banyak page atau group komuniti pencinta kucing yang menjadi medium untuk berkongsi hal-hal mengenai haiwan itu dan tidak kurang juga untuk mencari kucing bagi tujuan membelanya. 

Tetapi berapa ramai yang benar-benar menyayangi haiwan itu? Kerana ada segelintir membela kucing untuk memenuhi tujuan tertentu dan apabila mereka mulai bosan, kucing itu dibiarkan dan akhirnya dibuang. 

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi mengenai perbualannya bersama dengan seorang 'pencinta kucing' yang meminta kucing secara percuma. Namun 'feedback' yang diterimnya selepas itu, ternyata amat mengejutkan. 

KISAHNYA abang terpandang satu post di Facebook Group nak cari kucing free. Abang pun WhatsApp la offer. Tapi feedback yang abang dapat, masyaAllah. Yang stray (kucing terbiar) tak mau.

Sengaja abang mengusik, send gambar kucing indoor abang. Terus beliau berubah 360 darjah. 




Sebenarnya, tak semua tapi kebanyakan yang post nak kucing free ni bermaksud "Saya nak kucing yang baka baik, gebu-gebas, terbaboom sihat walafiat secara percuma dan tak nak keluar modal. Nanti kalau dia sakit, saya buang semula". 

Sekali lagi abang ulang, tak semua tetapi kebanyakannya. Tak semua orang ada hati nak adopt kucing stray. Pada yang adopt, jaga dan prihatin dengan kucing stray, abang doakan kalian semua dimurahkan rezeki dan selalu dalam redha Allah. Moga Allah merahmati dan mengasihi kalian semua. Aminnnn. 

Maaf abang tertaip panjang pula. Abang ingat nak lukis tadi. Cari pensil tak jumpa pula, agaknya anak sorok kot. 

Sumber: Anas Abu Amsyar



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 9/06/2020

0 comments:

Loading...