Suka Mencarut, Burung Kakak Tua Terpaksa Diasingkan Semula

Posted on Wednesday, September 30, 2020 | 9/30/2020




Menurut laporan Harian Metro, terdapat lima ekor burung kakak tua terpaksa diasingkan semula gara-gara haiwan itu suka mencarut. Kejadian ini telah berlaku di Taman Hidupan Liar Lincolnshire, Friskney, London.


Haiwan tersebut dikatakan bukan sahaja suka mencarut sesama mereka malah ia juga kepada pengunjung di taman berkenaan selepas mereka dikeluarkan dari kuarantin.


Ketua Pegawai Eksekutif, Steve Nicholas mengatakan bahawa burung kakak tua yang mempunyai baka dari Afrika itu telah dikuarantinkan selepas diterima oleh pihaknya pada 15 Ogos lalu. Apa yang lebih mengejutkan, burung itu mengajar bahasa kesat sesama sendiri dengan menggunakan masa terluang semasa dalam tempoh pengasingan.


Tingkah laku burung ini membuatkan kakitangan taman tidak keruan dan tindakan segera perlu diambil apabila burung kakaktua itu mula menghamburkan kata-kata kurang sopan kepada pengunjung kami. 


Mereka semakin galak mencarut sekiranya pengunjung tertawa dengan tingkah laku biadab itu. Ia umpama kita melihat sekumpulan ahli 'kelab lelaki tua' berkumpul. Walaupun kami rasa perbuatan itu menggembirakan pengunjung, pada masa sama kami bimbang kesan buruknya kepada pengunjung dalam kalangan kanak-kanak.


Untuk pengetahuan, populariti di taman itu naik mencanak selepas burung itu pernah dipamerkan selama 20 minit kepada pengunjung kerana menghamburkan kata-kata yang kesat. Nichols mengakui bahawa ada juga burung kakak tua suka mencarut sepanjang 25 tahun membawa spesies itu ke pameran.


Burung kakak tua Afrika sangat mahir meniru suara daripada bunyi yang didengari dan dilontarkan semula. Mengikut perancangan, burung kakaktua itu akan diletakkan dalam sangkar yang terpisah untuk mengelakkan ia saling mencarut, dan berperangai lebih baik.


Lain macam burung kakak tua ni suka mencarut. Korang pernah tak jumpa burung kakak tua macam tu bila pergi zoo atau taman burung? Cuba cerita pengalaman korang dekat ruangan komen.


OHMEDIA: BIJAK BETUL BURUNG KAKAK TUA TU. DARI MANA LAH DIA BELAJAR KATA-KATA KESAT KAN.


Kredit: Harian Metro


+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/30/2020

0 comments:

Loading...