Trump Sentap Dengan Meghan Markle

Posted on Thursday, September 24, 2020 | 9/24/2020



Menurut laporan Berita Harian, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikatakan rasa sentap dengan komen Meghan Markle disebabkan Pemilihan Presiden negara tersebut. Walaubagaimanapun, Trump turut membalas kenyataan isteri kepada Putera Harry itu dengan sindiran.

Saya bukan peminat. Saya mengucap semoga berjaya kepada Harry kerana dia akan memerlukannya. -kata Donald Trump

Sebelum ini, Meghan Markle hadir bersama suaminya dalam rancangan televisyen buat kali pertama iaitu ABC PrimeTime Special selepas meninggalkan Britain pada hari Selasa lalu bagi berkempen mendesak rakyat Amerika Syarikat keluar mengundi bagi pemilihan presiden.

Setiap empat tahun, kami diberitahu. Ini adalah pilihan raya yang paling penting dalam hidup kami. Ini satu-satunya. Ketika kita menghampiri November ini, sangat penting untuk kita menolak ucapan benci, salah maklumat dan negatif dalam talian. -kata Markle kepada penonton

Untuk pengetahuan, pasangan ini telah mengundurkan dari keluarga kerabat diraja British pada awal tahun ini bersama anak lelakinya, Archie bersama satu tahun dan berpindah ke California.

OHMEDIA: MARAH BETUL TRUMP?

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.








Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/24/2020

0 comments:

Loading...