(Video) 20 Pelancong Alami Detik Cemas, Roller Coaster Sangkut Secara Terbalik Di Udara Lebih Satu Jam!

Posted on Tuesday, September 08, 2020 | 9/08/2020



Korang pernah terbayang tak bila naik roller coaster di sebuah taman tema boleh tersangkut secara terbalik di udara? Baru-baru ini, ada satu kejadian cemas yang melibatkan 20 orang pelancong di sebuah taman tema yang terletak di Wuxi wilayah Jiangsu, China.

Kejadian itu berlaku pada hari Sabtu lalu ketika roller coaster yang dinaiki oleh mereka mengalami kerosakan. Oleh kerana itu, penumpang terbabit terkandas pada rel roller coaster selama lebih satu jam.


Walaubagaimanapun, mereka dapat diselamatkan oleh kakitangan taman tema di situ dan pihak taman tema mengeluarkan kenyataan bahawa kesemua 20 orang pelancong tidak mengalami sebarang kecederaan. Alhamdulillah.

The on-site staff immediately activated the emergency plan and organised the stranded tourists to leave the facility area in a safe and orderly manner. We communicated with each visitor and checked their physical condition. The tourists are currently in good health and no one was injured. The cause of the incident is still under investigation.

Sebaik sahaja kejadian itu berlaku kepada 20 orang pelancong, taman tema itu telah ditutup dan menawarkan pengunjung untuk memberi pembayaran balik yang telah membeli tiket terlebih dahulu.

OHMEDIA: SERAM BETUL! NASIB BAIK TAK ADA SESIAPA CEDERA.

Kredit: Daily Mail

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/08/2020

0 comments:

Loading...