(Video) 'I'm going to sue you, see you in court' - Syamsul Yusof nekad saman YouTuber yang memfitnah dia curang

Baru-baru ini media melaporkan pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dan masuk ke bahagian undang-undang keluarga. 


Tidak dapat dipastikan tujuan kehadiran pasangan itu ke situ dan berita ini tersebar di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.


Syamsul dan Puteri juga enggan menjelaskan lanjut mengenai perkara itu dan hanya meminta semua mendoakan yang baik-baik buat mereka. 


Sehinggalah baru-baru ini Puteri memuat naik beberapa kata-kata di Instastory yang berkaitan dengan isu 'curang'. 


Berita mengenai pasangan ini sememangnya banyak disiarkan di media sosial termasuklah di YouTube di mana berita ini diulas melalui video. 


Namun, salah satu video yang diterbitkan oleh sebuah channel menggunakan nama sejenis cili yang popular di Sarawak, dengan tajuk yang mengundang kontroversi telah menarik perhatian Syamsul Yusof yang baginya tajuk itu jelas sekali adalah fitnah. 


Disebabkan itu juga, Syamsul mahu memfailkan saman terhadap pemilik channel itu atas dakwaan fitnah. 


"So guys, this is it. This is the channel. 'Tak sangka!' dia tulis. You guys wanna play with me right? Berani tulis title macam ni just to get views on YouTube. 


"I check this channel is from Malaysia, kita akan dapatkan ID diorang semua.


"Too much brader. Too much brader. Don't play around with my name. Please stop playing around with my name bro. 


"Sekarang ni dekat channel YouTube, I know you guys nak dapatkan views apa semua. I know its your job, but please respect people, respect artis juga. They got family juga. I got kids man. 


"Cabik Geronong channel, dia tulis title yang boleh membawa kepada fitnah, boleh membawa bencana kepada keluarga saya lagi. 


"So like I said, I'm not holding back. I'm going to sue you, see you in court. It's not about the money RM500,000, RM1,000,000, nak kasi ajar sikit. 


"Kalau ada artis-artis lain yang before this pernah kena, kalau diorang tak berani nak saman ke, ha ni Syamsul saman kau sekarang. I'm not playing games. 


"Come on la wey, respect people. Orang tengah ada problem sekarang ni, korang nak fikir pasal korang punya views, kau tak fikir orang punya perasaan, korang buat macam ni.. Okay! Emm, see you in court. 


"I will get the best lawyer to **** you up. Seriously bro, too much. People pun ada feeling juga. Come on la, respect people la. I respect you, you respect me, we respect each other. Don't treat us (Malaysia Artist) like ****. 


"Enough talk, malas nak cakap. See you in court, confirm aku saman korang 500 ribu, one million I don't care. I'm not holding back," katanya dalam video yang baru dimuat naik di Instagramnya hari ini. 


Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.



Semakan mendapati, video kontroversi itu telah dipadamkan dalam channel tersebut.


Sumber: Instagram Syamsul Yusof



Sumber : thereporter.my