(Video) 'Kan dah kena terajang' - Pemandu mabuk langgar penunggang basikal

Posted on Wednesday, September 09, 2020 | 9/09/2020



Seorang penunggang basikal mengalami kecederaan kerana dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu lelaki mabuk. 

Kejadian berlaku pada petang Selasa (9/9/2020) berhampiran Tesco Ampang di Lebuhraya MRR2 dari Pandan Indah menghala ke Ulu Klang.

Berdasarkan video yang dirakam oleh orang awam, lelaki yang dipercayai mabuk itu memandu keretanya secara berbahaya dan nyaris menyebabkan kemalangan. 

Dari awal video menunjukkan kereta Honda itu berada di lorong tengah sebelum memasuki lorong kanan menyebabkan kereta di belakangnya membunyikan hon beberapa kali. 

Kereta itu kemudian masuk semula ke lorong tengah dan terus masuk ke susur kiri secara mendadak lalu melanggar mangsa yang sedang menunggang basikal sebelumm merempuh pokok kecil di tepi jalan. 





Menurut sumber, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan akibat bergesel dengan kereta tersebut dan dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut. 

Sementara itu, pemandu kereta terbabit sempat dibelasah oleh orang awam yang berang dengan tindakannya memandu dalam keadaan mabuk. 

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 9/09/2020

0 comments:

Loading...