(Video) Untungnya! Gadis Ini Terima Kejutan Dari Tengku Hassanal Shah Di Depan Istana Negara

Posted on Tuesday, September 22, 2020 | 9/22/2020



Menurut House Of Pahang di laman Twitter, seorang remaja yang bernama Nur Khairunnisa Mohd Yuhasli berusia 16 tahun dari SMK Puchong Permai pada mulanya ingin memberi kejutan kepada KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Tengku Hassanal yang ke-25.

Adik Nur Khairunnisa binti Mohd Yuhasli, murid Tingkatan 4 SMK Puchong Permai, pada mulanya ingin memberi kejutan kepada KDYMM Pemangku Raja Pahang dengan menghantar hadiah ke perkarangan Istana Negara sempena hari ulangtahun keputeraan Kebawah Duli Tuanku yang ke-25.

Apa yang lebih menarik, gadis itu telah menerima panggilan memintanya berada di hadapan Istana Negara bagi menerima kejutan untuk dijadikan sebagai satu kenangan yang manis dalam hidupnya apabila Tengku Hassanal berkenan berangkat untuk berjumpa dengan remaja tersebut serta keluarganya.

Beliau tidak sangka pula menerima panggilan memintanya berada di hadapan Istana Negara untuk menerima kejutan. Kejutan yang diterima menjadi satu kenangan manis dalam hidupnya apabila KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan berangkat untuk menemui adik Nur Khairunnisa serta keluarga.

Adik Nur Khairunnisa juga mengatakan bahawa dia sudah lama meminati Tengku Hassanal kerana peribadinya yang amat baik, suka mengambil berat tentang rakyat dan menyatuni rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

KDYMM Pemangku Raja Pahang sempat menyantuni adik Nur Khairunnisa serta keluarga dan bertitah supaya belajar rajin-rajin dan jadikan Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagai idola. Apabila dihubungi, adik Khairunnisa menyatakan bahawa beliau sudah lama meminati Kebawah Duli Tuanku kerana peribadi Tuanku yang amat baik, gemar ambil berat mengenai rakyat dan gemar menyantuni rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Semoga adik Nur Khairunnisa serta keluarga diberi rahmat Allah SWT dan dilimpahi rezeki yang luas agar dapat juga berbakti kepada Raja dan Negara. Daulat Tuanku.

Wah, untungnya jadi adik Khairunnisa! Ohmedia rasa jealous bila tengok adik ni dapat jumpa dengan Tengku Hassanal. Maklumlah, dari dulu lagi Ohmedia memang minat dengan keperibadian Tengku Hassanal yang berjiwa rakyat.


OHMEDIA: DAULAT TUANKU!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/22/2020

0 comments:

Loading...