Wanita Rohingya Ketuai Geng Samun Akhirnya Ditangkap

Posted on Sunday, September 06, 2020 | 9/06/2020



Sebelum ini pihak polis ada menahan enam warga Myanmar, termasuk tiga wanita kerana melakukan jenayah samun serta pecah rumah disekitar Klang. Kumpulan samun yan diberi nama Geng Jahan telah menjadi buruan pihak polis sejak beberapa minggu lepas.

Hasilnya, pihak polis telah membawa kepada penahanan seorang wanita dalam lingkungan 30an yang diyakini sebagai ketua geng samun berkenaan di sebuah rumah di Pantai Morib.

Selain wanita berkenaan, turut ditahan seorang lelaki tempatan yang berusia 39 di Taman Ria Jenjarom. Hasil penahanan mendapati wanita Rohingya berkenaan positif dadah jenis Methamphetamine melalui ujian air kencing yang dijalankan.

Menurut Harian Metro, pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira warna hitam, surat pajak gadai, beg pelbagai jenama, telefon bimbit pelbagai jenama, kad prabayar dan wang tunai termasuk mata wang asing.




OHMEDIA: BUKAN PERKARA BARU WARGA ASING NI JADI PENJENAYAH DI NEGARA KITA. KALAU DULU, WARGANEGARA INDONESIA KERAP KELUAR DEKAT BERITA BUAT JENAYAH, SEKARANG NI GENG ROHINGYA, MYANMMAR DAN BANGLA PULA TAKE OVER. 

Kredit : Harian Metro

+ Baca respon pembaca wanita rohingya ketuai geng samun akhirnya ditangkap di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/06/2020

0 comments:

Loading...