XOX-AntChain Tingkatkan Keselamatan Makanan Pada Aplikasi TraX

Posted on Tuesday, September 29, 2020 | 9/29/2020



Semalam baru sahaja diumumkan oleh pengendali rangkaian mudah alih maya yang kini berkembang sebagai syarikat teknologi inovatif, XOX Berhad (XOX) bahawa kumpulan restoran Cina terkemuka iaitu Oversea Enterprise Berhad (Oversea) yang merupakan PKS tempatan pertama dengan menerapkan TraX yang dikuasakan oleh Kebolehkesanan-sebagai-Perkhidmatan (TaaS) AntChain di Asia Tenggara mengukuhkan kepercayaan terhadap jenamanya serta meningkatkan keselamatan dan kebolehkesanan makanan.

Apa yang lebih menarik, TaaS AntChain boleh menggabungkan teknologi Internet Benda (IoT) dengan penyelesaian kebolehkesanan berasaskan blok rantai bagi mereka meningkatkan kecekapan dan ketelusan maklumat pada rantaian bekalan dari hujung ke hujung serta mewujudkan kepercayaan. Manakala TraX pula adalah sebuah platform aplikasi sesawang dan mudah alih dimana ia dibangunkan oleh XOX untuk PKS dan perusahaan dengan cara menyediakan penyelesaian yang fleksibel, jimat kos dan tangkas. Tujuannya adalah untuk ketelusan maklumat pada rantaian bekalan dan meningkatkan kebolehkesanan produk bagi melindungi kesahihan produk dan mencegah penipuan.

Jadi, TraX yang dikuasakan oleh TaaS AntChain diterapkan oleh Oversea Enterprise itu boleh mengesan produk kuih bulannya dengan pengguna hanya menggunakan aplikasi 'TraX' untuk mengimbas kod QR pada bungkusan tersebut bagi mendapatkan ramuan utama, tarikh luput, pelbagai maklumat produk, pensijilan Halal dan tarikh pembuatan. Selain itu, pengguna juga dapat mengesan semua fasa produk bermula daripada pembuatan sehinggalah ia membuat penghantaran.


Sebagai pemain dalam industri Makanan & Minuman (F&B), kami paling mengutamakan keselamatan makanan. Penerapan teknologi blok rantai seperti TaaS AntChain adalah selari dengan komitmen kami kepada pengguna dan usaha berterusan untuk meningkatkan kebolehkesanan maklumat serta ketelusan pada rantaian bekalan kami. Kami yakin ini akan membantu pemalsuan produk dalam pasaran sekali gus mengukuhkan lagi kepercayaan jenama. -kata Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Oversea Enterprise, Encik Soh Jin Yiat

Untuk pengetahuan, XOX telah bekerjasama strategik dengan Alipay Labs yang merupakan sebuah syarikat bersekutu Ant Group pada bulan Ogos 2020 bagi menyediakan penyelesaian teknologi berasaskan blok rantai di rantau ini.


Kami berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama ini dengan AntChain. Kami yakin teknologi blok rantai ialah kunci untuk mempercepat transformasi digital bagi perusahaan dan PKS, supaya jenama-jenama dalam pasaran dapat membina kepercayaan pengguna menerusi cara berniaga yang telus dan pengalaman pengguna yang lebih baik. Susulan pelancaran TraX dalam industri makanan, kami juga merancang untuk membangunkan penyelesaian-penyelesaian pada platform Trax yang disesuaikan dengan keperluan unik pelbagai saiz perniagaan termasuk sektor farmasi. -kata Ketua Pegawai Eksekutif XOX Berhad, Encik Ng Kok Heng

Tambahan pula, mereka juga sedang merancang untuk memperkenalkan Creator ID yang berdasarkan pada penyelesaian Aset Digital AntChain untuk membolehkan digitalisasi aset nyata pada bolek rantai. Antaranya adalah seperti seni budaya, hak cipta dan lain-lain yang menyumbang kepada utiliti aset dan pemindahan yang lebih baik dan cekap dalam talian mahupun luar talian.


Kepercayaan merupakan asas bagi segala yang kami lakukan, dan kami percaya dalam kepentingan membina kepercayaan menerusi inovasi dan teknologi. Industri makanan khususnya memerlukan peningkatan kebolehkesanan produk kerana wujudnya pelbagai cabaran seperti kekurangan ketelusan maklumat dari hujung ke hujung, risiko pemalsuan maklumat rantaian bekalan yang tinggi, serta risiko operasi seperti penarikan semula produk dan keselamatan makanan. 

Jadi, penyelesaian berasaskan blok rantai seperti TaaS AntChain merupakan penyelesaian kami untuk mengukuhkan kepercayaan dalam industri. Sejak pelancaran AntChain pada tahun 2016, kami telah mempelopori lebih 50 aplikasi komersial dan kes kegunaan blok rantai. Kini, kami teruja untuk membawa inovasi blok rantai ke Asia Tenggara bersama rakan kerjasama tempatan seperti XOX bagi mempercepat transformasi digital PKS dan perusahaan dalam dunia sekarang yang dipacu oleh data. -kata Ketua Perniagaan Antarabangsa AntChain, Kenny Tan




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/29/2020

0 comments:

Loading...