Irfan Bakti Menanti Kepulangan Issey Untuk Perbincangan


Kuala Terengganu: Ketua Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan kehilangan pemain importnya, Issey Nakajima-Farran selama dua bulan sebagai sesuatu yang tak masuk akal, lapor Sinar Harian

Irfan berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan pemain kebangsaan Kanada itu hari ini bagi mengetahui masalah dihadapinya dan membincangkan mengenai masa depan pemain itu bersama skuad Penyu.

"Dia (Issey) dah dua bulan tak datang, sejak perlawanan terakhir Terengganu dengan Pulau Pinang Oktober lalu sampailah ke hari ini dia tak tunjuk muka.

"Sebagai seorang pemain, dua bulan tak datang ni tak pernah dibuat orang, jadi saya akan jumpa dia sendiri hari ini sebelum saya buat apa-apa keputusan.

"Saya kalau boleh nak keputusan yang dibuat ini ada win-win situation dengan kedua-dua pihak, saya nak dia ok, kami pun ok," katanya

Ditanya mengenai persiapan pasukan, Irfan menyifatkan pasukannya kini sudah hampir lengkap selepas menandatangani seorang penyerang dari Argentina, Faderico Falcone selain turut menanti kehadiran pemain tengah dari Brazil hari ini dan keputusan pemeriksaan kesihatan pemain dari Argentina yang akan bermain di posisi pertahanan.

Irfan turun akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelantan sebagai persiapan untuk menghadapi musim baharu Liga Malaysia. - Kredit to: Cokelat Hack