Penerbangan Pertama Johor Baharu Ke Kuala Terengganu 22 Jun Ini


Kuala Terengganu — Penerbangan pertama Johor Baharu ke Kuala Terengganu akan berlaku pada 22 Jun ini dengan kekerapan 3 kali seminggu yang telah berjaya dimenterai perjanjian antara kerajaan Negeri Terengganu dan Air Asia Berhad semalam.

Kerajaan Negeri Terengganu yang diwakili oleh  Setiausaha Kerajaan Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Air Asia Berhad diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Bhd, Dato’ Aziz Bakar  serta disaksikan oleh Yab Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dewan Besar, Wisma Darul disini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jalinan kerjasama ini merupakan satu titik permulaan ke arah pelaksanaan cadangan untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan secara terus dan pergi balik dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru.

“Khidmat penerbangan tambang murah Air Asia Berhad telah dikenali diseluruh dunia dengan menggunakan trade mark Now Everyone Can Fly tepi kita juga mahu menggunakan Now Everyone Can Fly To Terengganu

“Manakala di Johor, sasaran kita bukan hanya rakyat negeri itu tetapi termasuk Singapura dan negara lain,” katanya.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Berhad, Dato’ Aziz Bakar.

Menurut Ahmad Razif, AirAsia bukan sahaja mempunyai rangkaian perkihdmatan yang paling meluas dengan lebih 120 destinasi di 27 buah negara, malah sejak mula beroperasi pada tahun 2001, AirAsia telah membawa lebih 330 juta penumpang dan telah berkembang dari hanya dua kepada lebih 200 pesawat.

Katanya, selain bertujuan untuk meningkatkan jumlah ketibaan pelancong ke Terengganu selaras dengan Visit Beautiful Teregganu 2017, jalinan kerjasama ini secara tidak langsung memudahkan akses pelancong luar ke negeri ini.
“Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin menjadikan Terengganu ini sebagai negeri pelancongan yang mempunyai rangkaian kemudahsampaian yang efisien, rangkaian perkhidmatan pengangkutan yang mesra pelancong, prasarana yang mencukupi dan khazanah alam semulajadi, seni budaya dan warisan yang menggamit kehadiran pelancong,” ujarnya.

Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Bhd, Aziz berkata, menerusi pengenalan laluan baru itu, pihaknya yakin mampu melonjakkan jumlah penumpang pergi dan balik ke Terengganu kepada 500,000 tahun ini berbanding 420,000 pada 2016.
“AirAsia kini beroperasi 28 penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu untuk memenuhi permintaan pelancong dan kita bercadang menambah kekerapan kepada 35 penerbangan seminggu tidak lama lagi bermula dengan laluan Johor Bahru-Kuala Terengganu ini.


“Kami juga yakin dengan peningkatan permintaan penumpang ke negeri ini sama ada bagi tujuan pelancongan atau perniagaan dan kerana itu mengambil inisiatif memperkenalkan laluan ini yang akan beroperasi tiga kali seminggu,” katanya sebelum menandatangani perjanjian persetujuan (MoA) kerjasama antara AirAsia dan kerajaan Terengganu untuk mempromosikan pelancongan di negeri ini”, katanya didalam ucapan semalam. - Terengganu Times