--> Skip to main content

Bantuan Dana Raya Sudah Mula Diagihkan - Menteri Besar


KUALA TERENGGANU – Bantuan Dana Raya  berjumlah RM88.7 juta sudah mula  diagihkan kepada 239,323 penerima di Terengganu  pada 27 Mei lalu mengikut Parlimen dan daerah sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.

Penerima boleh menebus baucer masing-masing di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank berdekatan sebelum September depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding RM81.3 juta yang diperuntukkan kepada kira-kira 219,754 anak negeri pada tahun lalu.

Katanya, sebanyak RM61.1 juta akan disalurkan kepada 154,730 golongan miskin manakala RM9.9 juta untuk 33,305 warga emas; RM4.2 juta  (14,005 orang kelainan upaya) dan RM13.3 juta pula melibatkan 37,283 duda atau ibu tunggal.

“Dengan pemberian dana raya ini dapat membantu persediaan hari raya mereka, katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Iman hari ini. - TT
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...