Kuala Terengganu: Penyerang import Terengganu Tchetche Kipre mengaku pasukannya berada dalam landasan terbaik untuk mencalar ego pendahulu Kumpulan D Selangor dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.
Malah pemain kelahiran Ivory Coast yang dikenali ‘Drogba Terengganu’ dalam kalangan peminat setia juga melaungkan keyakinan tinggi untuk menjadi watak pemusnah selepas menemui sentuhan jaringan dalam tiga perlawanan terakhir ketika bertemu Perlis, Kuala Lumpur dan terbaru Negeri Sembilan.
“Selepas tujuh perlawanan berturut-turut dalam masa sebulan termasuk Liga Perdana dan Piala Malaysia tanpa sebarang kekalahan, ini peluang terbaik buat kami mencatat kemenangan pertama selepas tiga kali seri.
“Selain itu prestasi pemain yang kian meningkat dan positif serta semakin serasi menguatkan keazaman kami untuk menewaskan Selangor biarpun mereka berada di tangga teratas.
“Bagi saya perlawanan bertemu Selangor sudah pasti menarik dan hebat, tapi kami akan memberikan aksi terbaik dan berazam untuk memburu jaringan awal lebih-lebih lagi di depan penyokong sendiri,” kata bekas pemain kelab Al-Suwaiq dalam Liga Oman yang menyarung jersi skuad Penyu pada jendela kedua perpindahan pemain.
Terengganu kini berada di tangga ketiga dengan tiga mata di belakang Selangor (7) dan Johor Darul Ta’zim (4).
“Kerjasama sepasukan ketika bertemu Negeri Sembilan diharap dapat diteruskan menentang Selangor dan secara peribadi saya berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana banyak memberi peluang untuk menghasilkan gol,” kata Kipre yang setakat ini sudah meledak empat gol dalam saingan liga. - Harian Metro