Pemain Terengganu menjalani latihan terakhir semalam bagi persiapan bertemu Negeri Sembilan malam ini. foto: TFA |
Kuala Terengganu: Terengganu yang kini muncul pendahulu baru Liga Perdana bertekad mahu mengekalkan posisi teratas itu biarpun berdepan pasukan tangga kedua Negeri Sembilan dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.
Malah skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu juga berazam untuk membalas dendam kekalahan 2-3 kepada skuad Hobin Jang Hobin itu dalam aksi pusingan pertama liga Februari lalu.
Kapten Abdul Latiff Suhaimi berkata, ia titik perubahan buat pasukan untuk terus memperagakan aksi terbaik selain tidak mahu menoleh ke belakang lagi dalam misi memburu tempat ke Liga Super tahun depan.
“Selepas kali pertama berada di tangga teratas sepanjang liga musim ini, kami bertekad mahu mengekalkan kedudukan itu dan peluang ini cerah biarpun bertemu Negeri Sembilan yang pasti mempunyai misi untuk merampas kembali kedudukan itu.
“Justeru saya mengingatkan diri dan rakan sepasukan supaya mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan tiga mata dapat dikutip di laman sendiri sekali gus terus menerajui takhta liga,” kata Latiff yang baru sembuh daripada kecederaan lutut.
Sementara itu, Irfan Bakti menuntut pemainnya supaya terus mengekalkan disiplin tinggi seperti diperagakan ketika menundukkan Kuala Lumpur 2-1 minggu lalu.
Selain itu bekas jurulatih FELDA United itu juga mahukan anak buahnya beraksi sebagai satu pasukan dalam misi mengutip tiga mata bagi menjarakkan lagi dengan pasukan lain.
“Pertemuan malam ini dijangka sengit dan sudah pasti menjadi tumpuan kerana pertemuan pasukan di tangga teratas dan kedua liga se-
Anak buah Irfan tekad balas kekalahan kepada Negeri Sembilan pada aksi pusingan pertama seperti pertemuan dengan Kuala Lumpur minggu lalu.
“Beraksi di tempat sendiri sudah tentu kami mahukan kemenangan, tapi saya ingatkan pemain usah berasa selesa biarpun berada di persada liga kerana masih ada baki lima perlawanan lagi, lagipun perbezaan mata tidak begitu jauh.” - Harian Metro