Seperti yang kita semua sedia maklum, bagi musim 2018, pasukan Terengganu telahpun melangkah ke satu era yang baru dengan melakukan transformasi secara menyeluruh dalam menstrukturkan kembali bolasepak di negeri ini disamping dilihat langkah untuk menjenamakan semula pasukan ini agar lebih berdaya saing dan mempunyai identiti yang lebih bersesuaian dengan era bolasepak moden kini.
Kini secara rasmi pasukan Terengganu akan bertanding di Liga Malaysia sebagai sebuah kelab bolasepak dan bukan lagi dibawah nama persatuan bola sepak negeri.
Terengganu Football Club (TFC) adalah kelab yang akan mewakili Terengganu bermula musim 2018 di Liga Malaysia dengan identiti dan imej bolasepak yang baru. Ini termasuklah penghasilan logo kelab, identiti pasukan, imej korporat kelab dan segala yang berkaitan untuk menunjukkan bahawa pengubahsuaian pada kali ini adalah lebih menyeluruh untuk memperlihatkan kelab ini adalah sebuah kelab bolasepak profesional disamping meningkatkan nilai komersial bagi pasukan ini. Untuk pengetahuan umum, Terengganu FC hanya memakai logo Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya untuk seketika sebelum ditukar kepada logo yang baharu tidak lama lagi.
Bermula 1 Januari 2018, segala maklumat yang akan dikeluarkan laman facebook ini adalah rasmi melalui pasukan Terengganu FC. Pada ketika ini pihak Terengganu FC masih dalam usaha membentuk dan menambah baik laman-laman sosial termasuk laman web dan sebagainya. Segala maklumat akan kami maklumkan kepada peminat & penyokong dari masa ke semasa dan diharapkan penyokong-penyokong dapat bersabar.
Kami dari Terengganu FC ingin mengucapkan selamat datang ke era bolasepak Terengganu yang baharu kepada semua penyokong dan peminat!
Laman Sosial Terengganu FC :
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Facebook : https://fb.com/footballclubterengganu
Instagram : http://instagram.com/officialterengganufc
Twitter : http://twitter.comFCTerengganu
#TerengganuFC
#TerengganuFootballClub