Kipre Tchetche Dalam Radar Pasukan Layak Ke ACL?


Kuala Terengganu: Berakhirnya Piala Malaysia dimana pasukan Terengganu FC yang tewas kepada Perak baru-baru ini, ketua pasukan Terengganu FC yang beraksi cemerlang di kancah Liga Malaysia mendapat perhatian kelab selatan tanah air yang akan beraksi di peringkat tertinggi Asia Champion League.

Maklumat yang diterima dimana ejen pemain ini telah berada disana pada aksi separuh akhir kedua piala malaysia menguatkan lagi andaian bahawa mungkin sudah ada rundingan tentang masa depan pemain ini.

Sejauh mana kebenarannya mungkin pihak pemain dan ejennya mempunyai jawapan, semestinya akan mengejutkan peminat dan penyokong pasukan Terengganu FC, pemain yang menjadi kesayangan penyokong dengan aksi kelincahan dan sentuhan jaringannya.

Sudah semestinya pengurusan PBSNT perlu mengambil maklum tentang ‘rumours’ ini supaya pemain import bahagian serangan ini tidak terlepas di tangan pasukan lain.

Kami cuba untuk mengesahkan perkara ini melalui pemain namun tiada maklum balas diterima, semoga Kipre Tchetche terus kekal bersama Terengganu FC untuk musim 2019!