Brazil Bakal Perkenal Sistem Pengesan Kanak-Kanak Hilang


Brazil kini serang merancang untuk memperkenalkan satu sistem pengesan yang mampu diaktifkan menggunakan telefon pintar apabila berlaku kehilangan kanak-kanak.

Jika ibu bapa atau seseorang kehilangan kanak-kanak dibawah jagaan mereka, sistem ini mampu menghantar isyarat lengkap maklumat kanak-kanak terbabit ke semua telefon pintar masyarakat yang berada di kawasan sekitar.

Dalam beberapa kes yang membabitkan kes pemerdagangan manusia, sistem itu juga mampu menghantar gambar suspek untuk disebarkan menerusi telefon bimbit.

Berdasarkan statistik kerajaan, setiap tahun dianggarkan lebih 4,000 orang disenaraikan sebagai orang hilang di Rio.
Sumber: Oh! Media