
Boo, yang juga ahli jawatankuasa DAP negeri berkata, dakwaan Dr Mahathir bahawa manifesto itu hanya “panduan dan bukan kitab” menunjukkan beliau tidak berkeyakinan terhadap diri dan manifesto itu sendiri.
“Tindakan beberapa pemimpin PH mendakwa perubahan kerajaan tidak mungkin berlaku tanpa kepimpinan Dr Mahathir hanya mencerminkan kemerosotan diri mereka,” katanya.
Malah, katanya, mereka yang melontar pandangan sedemikian sudah mengaku ketidakcekapan diri dan juga harus meletak jawatan.

“Malaysia memerlukan persaingan sihat dalam sistem dua parti untuk memastikan pembaharuan institusi dilaksanakan secara berkesan,” katanya.
Sebaliknya, katanya, negara akan “ke belakang” jika wakil rakyat digalakkan untuk melompat parti.
Sumber: cempedakcheese.com
