Cristiano Ronaldo Dikenakan Denda Sebanyak RM92,000


Berikutan dengan gaya meraikan gol Cristiano Ronaldo yang dikatakan meniru aksi kurang sopan pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone, kini Ronaldo telah didenda 20,000 euro atau RM92,000 oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Ronaldo yang melakukan aksi itu semasa  Juventus mencatatkan kemenangan 3-0 dan mendapat agregat 3-2 ke atas Atletico di Liga Juara-Juara.

Ronaldo bergerak ke arah peminat Atletico dan meniru gaya sambutan Simeone dengan menunjukkan alas sulit serta menggoyangkan pangkal pahanya sewaktu meraikan tendangan penalti yang dimilikinya sekaligus mendapat hatrik pada perlawanan suku akhir itu.

Simeone sebelum ini turut didenda dengan jumlah yang sama oleh UEFA.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media