
Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Din Adam berkata, kenyataan itu adalah keterlaluan dan telah mencetuskan kemarahan rakyat.
“Inilah sikap sebenar dan dasar DAP yang sengaja mencabar pihak lawan. Apa yang dikatakan itu benar-benar tidak patut dan seolah-olah meniup api perkauman,” katanya kepada Sinar Harian.
Sehubungan itu, beliau berkata, pemimpin itu sepatutnya didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk menghasut.
“Kenyataan yang dikeluarkan beliau telah memakan dirinya sendiri. Sebab itulah ‘isytihar perang’ yang digunakan ditukar kepada istilah lain iaitu ‘menyasarkan’.
“Jadi, kita minta pihak Polis Diraja Malaysia menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau kerana ia telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat negara ini,” katanya.
Sumber: cempedakcheese.com
