‘Tanda indahnya Islam…’ – Lelaki sapa ‘Hello brother’ kepada pengganas sebelum ditembak

Tragedi hitam yang menimpa umat Islam ketika solat Jumaat di Masjid Christchurch, semalam telah memberi tamparan hebat buat New Zealand yang selama ini dikenali sebagai antara negara paling selamat di dunia.

Namun di sebalik tragedi berdarah itu, seluruh penduduk dunia menzahirkan rasa simpati serta hiba terhadap kejadian yang berlaku.

Berikutan itu, pelbagai andaian atau kesimpulan telah dibuat oleh ramai pihak setelah menonton rakaman video serangan yang tular di media sosial.

Moga Allah melindungi saudara Islam kita di sana

Hello Brother!

Apa yang mengundang hiba di hati netizen adalah apabila ketika detik rakaman bermula, penembak telah melepaskan beberapa das tembakan terus ke arah mangsa pertama.

Tanpa mengetahui niat tersirat, insan terpilih itu dikatakan menyapa sambil berkata, “Hello, brother!” sebagai tanda perkenalan mesra menjemput lelaki berkulit putih itu masuk ke rumah Allah.

Perkara itu dijelaskan oleh Aziz Helou dalam satu hantaran Facebook miliknya.

Salam adalah tanda persaudaraan kepada manusia

Perkara tersebut telah tular di media sosial dan telah diperkatakan oleh orang ramai, sehingga mereka mengetahui identiti insan terpilih itu.

Daoud Nabi berusia 71 tahun, dipercayai insan pertama yang menjadi mangsa tembakan pengganas. Beliau merupakan pelarian Afghanistan yang datang ke New Zealand untuk melindungi diri daripada negaranya yang bergolak.

Cinta kepada Islam, kepada seluruh saudara di bumi Ilahi

Tanda pagar #Hellobrother telah tular di semua platform media sosial sebagai solidariti kepada insan terpilih yang dijemput Allah dalam keadaan syahid itu.

Namun sebuah perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fadh Pahdepie telah benar-benar menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.

Sapaan Daoud bukan sapaan pengecut!

Ganjaran syurga buat para jemaah



Sumber: cempedakcheese.com