Tragedi masjid Christchurch: Rahimi kini kritikal selepas peluru berjaya dikeluarkan

Hati ibu mana yang tidak risau apabila mendapat berita bahawa anaknya berada dalam keadaan kesakitan, namun itu yang terpaksa ditanggung ibu kepada rakyat Malaysia Rahimi Ahmad, salah seorang mangsa yang cedera dalam serangan di Masjid Christchuch, New Zealand.

Rokiah Mohammad, 65 mengetahui berita tersebut setelah dimaklumkan menantunya Norazila wahid melalui panggilan telefon petang tadi.

Ikut hati makcik nak ke sana jumpa Rahimi

Disebabkan jarak yang jauh, Rokiah hanya mampu berdoa kepada Allah supaya anaknya diselamatkan walaupun di dalam hatinya sudah meronta-ronta mahu melihat dengan mata sendiri keadaan anak kesayangannya itu.

Peluru dapat dikeluarkan dari perut

Difahamkan, Rahimi antara dua orang rakyat Malaysia yang dipercayai mengalami kecederaan ekoran dari tembakan rambang tersebut.

Menurut makluman daripada isterinya, peluru berjaya dikeluarkan daripada perut Rahimi namun keadaannya sedang dikhabarkan kritikal.

Terdahulu, Rahimi bersama anak lelakinya telah pergi ke masjid tersebut bagi menunaikan solat Jumaat seperti kebiasaannya, sebelum berlaku serangan tembakan.

Bagaimanapun, anak Rahimi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Malah angka kematian juga dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang cedera itu berada dalam keadaan kritikal, semoga Allah memanjangkan usia mereka dan segala urusan dipermudahkan.



Sumber: cempedakcheese.com