Ular sawa ditangkap di tingkat 14 PPR Hiliran

KUALA TERENGGANU – Seekor ular sawa sebesar lengan orang dewasa berjaya ditangkap di tingkat 14 PPR Hiliran, di sini awal pagi tadi.

Menurut sumber, ular itu dikatakan bersembunyi di bawah katil sebelum cuba membelit anak saudara pemilik rumah yang ketika itu sedang nyenyak tidur.

“Apabila menyedari kehadiran ular tersebut, anak saudara pemilik rumah terus menepis ular tersebut lalu keluar dari biliknya sebelum menghubungi bapa saudaranya.

“Pihak bomba yang tiba selepas setengah jam berjaya menangkap ular tersebut untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut sumber lagi, dia hairan bagaimana ular sebesar itu boleh memanjat bangunan sehingga ke tingkat 14 tanpa disedari oleh orang awam.



Sumber: cempedakcheese.com