Belanda Berjaya Hasilkan Kereta Terbang Pertama Dunia - Dijual Pada Harga RM2,286,350


Kereta terbang menjadi satu isu yang sering diperkatakan sekarang selepas Malaysia dikatakan bakal mengeluarkan kereta terbang menjelang wawasan 2020.

Namun, bukan Malaysia sahaja yang ingin mengeluarkan kereta terbang ini, kerana banyak lagi negara di dunia ini telahpun mengeluarkan rekaan atau konsep kereta terbang mereka.

Terbaru, Belanda telah memulakan inisiatif membina kereta terbang pertama di dunia dan telahpun direalisasikan oleh syarikat PAL-V selepas mereka buat pertama kalinya mempamerkan kenderaan terbang itu pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2019.


PAL-V juga dikatakan telah melakukan pandu uji kereta terbang itu pada 2012 dan mereka telah memulakan kajian seawal tahun 2008 lagi.

Menurut syarikat itu, model yang ditayangkan pada GIMS 2019 adalah edisi terhad dinamakan sebagai PAL-V Liberty Pioneer.

Melihat kepada spesifikasi, kereta terbang itu adalah seberat 664 kilogram dan ia hanya mampu membawa dua orang termasuk pemandu/juruterbang.


Selain itu, ia juga hanya memerlukan 3 hingga 5 minit untuk pertukaran dari mod kenderaan kepada mod terbang yang juga mampu menghasilkan 00 kuasa kuda (hp) dengan jarak perjalanan 1,315 kilometer dengan mencatatkan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/j) serta melakukan pecutan 0 hingga 100 km/j kurang dari sembilan saat.

Nampaknya, Malaysia tidak dapat menjadi negara pertama didunia mengeluarkan kereta terbang ini apabila PAL-V memaklumkan pihaknya telahpun berjaya menjual 75 unit dan akan diserahkan pada penghujung tahun ini yang dijual pada harga 500,000 Euro atau RM2,286,350.


Sumber: Oh! Media